Blogger Backgrounds

Tuesday, December 20, 2011

lagu feveret TanSri

You with the sad eyes
Don't be discouraged
Oh I realize
It's hard to take courage
In a world full of people
You can lose sight of it all
And the darkness there inside you
Makes you feel so small

But I see your true colours
Shining through
I see your true colours
That's why I love you
So don't be afraid to let them show
Your true colours
True colours are beautiful,
Like a rainbow

Show me a smile then,
And don't be unhappy, can't remember when
I last saw you laughing
If this world makes you crazy
And you've taken all you can bear
You call me up
Because you know I'll be there

And I see your true colours
Shining through
I see your true colours
That's why I love you
So don't be afraid to let them show
Your true colours
True colours are beautiful,
Like a rainbow

Ohhhh
I can't remember
When I last saw you laugh
If this world makes you crazy
And you've taken all you can bear
You call me up
Because you know I'll be there

And I see your true colours
Shining through
See your true colours
That's why I love you
So don't be afraid to let them show
Your true colours, true colours
Are beautiful like a rainbow

I see your True colours shining through
See your true colours
That’s why I love you
So don't be afraid to let them show
Your true colours
Your true colours are beautiful,
Like a rainbow

Ohhhhhhh


*lebih2 lagi bile tina nyanyi dalam glee weyh. gempak habis. jangan malu untuk tunjukkan diri sebenar anda. :) mendalam. TanSri sentiasa dgan diri sendiri. kalau tak puas hati, bkan urusan aku dah. haha. lantak lah, orng nk ckap apeee. :/

Saturday, December 17, 2011

Bebelan TanSri 4 : Buta Mata ?


macam mane nak cakap ekk. haha. aku rase semua orang memahami ape itu maksud dan definisi buta. tapi tak kire aku still, nak bg jugak definisi buta kat korang.

menurut kamus dewan edisi keempat buta ialah tidak dapat melihat , sekelilingnya hitam pekat bagaikan kedua-dua belah matanya benar-benar.




tetapi alkisahnya aku nak cite pasal kelemahan orang lain yang kita tak nampak. BUTA itulah yang akan aku kupas hari niey. HAHA.

mukadimah : memetik kata-kata pensyarah ETIKA aku, Dr. Halimatun kawan yang tak pernah tegur kita walaupun sekali, bukanlah calon terbaik untuk menjadi kawan baik atau sahabat sejati kita. sebab ape, dye mcm tak amik peduli tentang kite dan bila kita buat silap. dia tak bg komen ape2. kawan mcm tu ke yang korang nakk ? haha

tetapi, bile dah berkwan. maksud aku mcm korang dah anggap dye tu kawan baik korang. kire kalau nak berpsah pun. komfemlah korang akan menangis punyee. hehe. :) korang ade perasan tak, yang korang takkan pernah nampak kelemahan dye tu. contohnye, dye tu memang annoying gile, tapi sebab dah lame rapat dan biasa. korang pun rase mcm mende dye buat tuh takdee annoying sangat. haha

tapi, maslahnye timbul bile korang ade muhasabah diri korang sendiri. contoh, Si A nie suka sangat mengkritik orang. maksud suka tu, bile jupe org. semua dye nak komen. pada mulanya kawan dye Si B tak amik pusing lah. sebab sama2 gelakkan. hehe. tetapi, suatu hari Si B muhasabah diri dan terlintas jika dia dengan Si A tidak berkawan baik, ada kemungkinan ttak Si A akan kritik dye jugak. haha



sikap mengkritik orang lain

itulah isunya dalam kes buta aku kali nie. mcm tinggi je falsafahnye kan ? buat-buat paham je lah. haha. jadi si B decide untuk nasihat Si A. dan Si A mcm tak boleh terima. haha. ape boleh buat, menerima kritikan merupakan satu bende yang paling SUSAH nak buat ok. siapa yang boleh buat. aku TABIK. haha

jadi, kite semua sememangnya BUTA. buta dalam segala hal. kite buta dalam menilai mana baik dan buruk bila bersama kawan2. kita buta dlam membuat keputusan dan buta dalam hidup walaupun sebenarnya kita masih lagi celik.


*buat Si B. jgn risau. aku rase Si A terlepas seorang kawan yang sangat baik. haha. :)




#tansri pun ramai kawan baik. mengkritik dan menyentap memang amalam kami. hehe :/

Friday, December 16, 2011

kaunselor alaf baru ?

okayh. kali nie aku nak cite pasal membe2 aku. bermakne budak2 kaunseling lahh. HAHA. dyaorg nie memang sporting habis. kalah lah bdak2 masscomm. hehe. :)

yang best, dyaorg memang best. hehe







haha. nak tgok muke aku plak. haruslah, mcm vogue sikit. hehe. dah kate TANSRI. :)






*dengar cite : TANSRI menang MR.VOGUE pada majlis nieyy. haha. (:





Wednesday, December 14, 2011

Bebelan TanSri 3 : redha VS pasrah ?

hahaa. ayat nie mesti korang taw kan dari cite manee, nak buat mcm mane. penangan cite melayu OMBAK RINDU. haha. agak seronok lah tgk cite tuhh.  :)





dalam cite tuh, dye cakap. redha berlaku apabila kita betul2 ikhlas. pasrah pula kita berserah dan menerima seadanya. jadi korang selalu kat mana  ? redha atau pasrah  ? haha



aku ade satu situasi, yang mane situasi nie sdang menganggu aku jugak skunk niey. haha. tak dapat nak membezakan antara redha dan pasrah. :/



orang cakap. mulut cakap lain tapi hati cakap lain. tetapi aku percaya atas pemikiran yang rasional, keputusan tersebut adalah yang terbaik. jadi, sebagai seorang manusia aku hanya mampu untuk mendoakan kebahagiaan dan kejayaan bersama. mungkin pada mulanya aku PASRAH tetapi percaya aku akan mengubahnya kepada REDHA.








*korang semua pun kena buat bende yang sama. terima dulu seadanya, pasrah dahulu then  baru kita pupuk redha itu. segala-galanya kita harus percaya sudah tertulis oleh-NYA.  :)

Thursday, November 24, 2011

bebelan tansri 2 : rasa bersalah ?

haha. pernah tak korang mcm rase bersalah je. mungkin korang ade buat something yg memang korang sendiri pun tak boleh lupe. di mana silapnye. haha. :)

kirenye korang dah buat orang lain sentap lah. haha. btol ckap org, mende dah buat memang susah nak tarik balik. bg lah beribu alasan punn, org tetap takkan percayee. hehe.  :P

so, nasihat aku.lpas niey. berhati-hatilah dengan segala perilaku anda. sebab takut korang rase bersalah jee. haha. even dah mintak maaf pun, korang akan still rase bersalah. haha.  :) SENTAP katenye. 








konklusi: jgn SEGAN nak mintak maaf  :)


p/s: lagi parah kalau korang sentapkan orang yang korang sayangg. hehe.  :)

Wednesday, November 23, 2011

demam ?

lol. xade ape nak cite. walaupun bnyk jee aku nak citee.  :)




haha. tapi aku nak cite pasal demam ! haha. demam. nampak sgt tak de keje nieyy. 

cadangannye, nak main bowling malam nieyy. katenye 7 gamee. mmg seronok sangat. tapi due orang pemain pulak dah demam. demam teruk pulak tuh. buat MUHD SYAFIQ dan HARRIS MUZZAMMIL sila sembuh dengan cepat, ok. hehe

dari AKU, RIZAL MAULA dan JEGA. kami nak sgt korang sembuh cepat2. haha. boleh g main bowling.  :)

p/s: kalau demam- makan ubat cepat2. jangan tangguh2. haha. even sentap pun, silalah makan ubat. haha

ujian bertulis KKC- memang melampau lah kene studyy. haha. papepun. good luck buat warga KC yang amik. !


Tuesday, November 1, 2011

Korea @ Tansri


Tan sri bukan ape. Haha. Tansri sangat2 meminati korea. So, post nie merupakan post pertama tansri berkaitan dengan korea. Haha.  J jadi, sape2 yang tak minat korea tuhh, silalah minat. Okay ! haha. X rugi pun.  =,=’
Post yang pertama niey, tansri nak cite pasal KPOP lahh. Gila lah kalau tansri kate tansri x minat artis2 kpop. Hehe. Okay, jujurnye, tansri minat banyak sangat kpop punye artis.




#Ranking kpop tansri :




1. SNSD/SUPER JUNIOR



9 gadis jelita  :)




10 jejaka berbakat  :)




2.BIG BANG









3. 2PM









4. T-ARA/ BEAST











5. 2AM/ BROWN EYED GIRLS










Hahaha. Menarik bukan ranking tansri. haha.  tapi yang penting tansri memang gile akan SNSD. Hehe. Especially, SUNNY. Sumpah comel ssangat. Haha. Lebih kurang tansri lah muke dyea. Hhahaha   :P

Yang pntg, korang kene paham2 lah. Blog tansri lpas niey akan ade gelombang kpop. Haha. Meletop kan ? hehe. So, bagi peminat korea : mesti korang tak sabar kann ? haha. Yang x minat ; mesti korang menyampah kan  ? hahaha.  J  ade tan sri kisahh ? huhu. 

Then, sarangheyyo  <3


Bebelan TanSri : Sabar


Hahha. Skunk aku dah ada idea untuk buat label baru kat blog aku niey. Khas dipanggail bebelan Tansri. Hehe. Bukan ape, saje je. Aku bolehlah tulis ape yg aku x puas hati dan secara tak langsung aku boleh jugak ltak mende2 bermanfaat untk korang bace dan hayati ? btol, x ? haha
Kali nie tan sri nak bebel pasal sabar. Rasenye semua orang dah masak sangat dgn ungkapan “sabar itu separuh daripada iman”. Haha. Btol ? tapi kenapa kadang2 kita mcm tak boleh jee nak tahan sabar tuh. Bnyk sebab sebenarnye. Haha. Tapi bagi pendapat tansri sabar ini merupakan satu dugaan atau cabaran kecil yang Allah saje nak uji umat-Nya. Haha.



Iyelah, kalau korang x boleh sabar. Memang sah2lah korang nie ?? haha, pikir sendiri ek. Tapi masalahnye tansri x berminat pun nak cerita pasal sabar tetapi pasal hilang sabar. Haha. Main point utama tansri. Hehe. Bnyk faktor yang boleh buat kita semua hilang sabar. Maknenye bila dah hilang sabar nie, sebabnye mestilah org kate yg grand. Haha. Yelah, kadang-kadang kita pun sakit hati jugak.  J


Tansri listkan :
1. bile ade orang yg tak kenal kite tapi buat cerita pasal kite. 9konon mengaku dye tu kwan rapat kite)
2. tikam dari belakang (lebih kpd perempuan, sbub kadang2 dyaorg ske rampas pakwe masing2) haha
3. bila orang tu, buat mende yang memang menyakitkan hati dan boleh mendatangkan kemarahan.haha.
Sumber : kawan2 rapat.  J

Jadi, tansri just listkan faktor yang berasal dari sudut social remaja jeee.  J sebab tansri kan ingin bergelar pendidik, so tansri kena kaitkan lah dgn kehidupan remaja sekarang. Hehe. Jadi, ape care terbaik untuk kita lawan balik perasaan hilang sabar niey  ? hHAHA

Mudah jeee : kita kene banyakkan BERSABARLAH. Haha. Sematkan dalam minda, kita nie lebih bagus dari dyaorg. Yang mengata itu sebenarnye dye lebih teruk dari kite. Haha. Ye lah, dye nak sedapkan diri dye je tuh. Tu yg dye kate mcm2. Haha. Jadi konklusinyee, bawaklah bersabar. Kalau tak boleh juga, sila praktikkan cara2 hilankan kemarahan menurut teori islamm.  J itu yang terbaikk ?

Thursday, October 13, 2011

kaunseling :)

memandangkan pada hari esok, aku nak test falsafah dan etika kaunseling. malam niey, nak share sikit lah, pasal definisi kaunseling ngan korangg.  :)


kaunseling  :) menyegarkan. ~

1. kaunseling merupakan satu hubungan bersemuka antara 2 individu menerusi satu interaksi profesional yang akan menawarkan satu situasi pembelajaran kepada klien. cth : secara profesionalnya, kaunselor akan membantu klien untuk mengenali dirinya dan menilai situasi semasa juga situasi masa hadapan. 



2. proses dimana kaunselor membantu klien menghadapi, memahami dan menerima maklumat tentang diri sendiri dan juga interaksinya dengan orang lain supaya klien boleh membuat keputusan yang efektif tentang pilihan hidup.



3. satu proses interaksi yang menggerakkan pemahaman yang bermakna, mengenai diri sendiri dan persekitaran dan akan menghasilkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai bagi tingkah laku baru,



4. satu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip2 psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling bagi mencapai sesuatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien.




#konklusinya : korang perasan tak ? kaunseling niey merupakan satu proses yang sistematik dan dilaksanakan oleh 2 individu iaitu klien dan kaunselor.  :) bile bermaksud dengan proses, maknenye sesi kaunseling tersebut mempunyai beberapa peringkat. jadi, kaunseling ini bukan mudah kerana bukan senang nak jadi manusia. :) lebih2 lagi nak kongsi cerita dan pengalaman bersama manusia. banyak dengan kerenahnya. dekat luar, ramai orang ingat kaunselor ataupun sesi kaunseling niey membazir masa. tapi cube bace balik definisi tersebut, kami kaunselor (bakal sebenarnye) akan membantu anda (klien) untuk mengenalpasti sendiri ape sebenarnya masalah kamu berdasarkan apa yang kamu cerita. orang cakap untuk menilai diri adalah menerusi perhubungan korang dengan komuniti. maka, bergaullah. kalau xnak jugakk. sile jumpa dgan kaunslor. banyak lagi cara okayhh. hehe.  

Wednesday, October 12, 2011

aku 2

hahaa. aku pun xtaw nak tulis apeee. sebab aku sendiri masih lagi tercari-cari hala tuju blog niey. ehhee.


so, aku rase hari nieyyy. aku nak cite pasal KOLEJ aku. haha. KOLEJ CANSELOR, UPM. :)




name pun dah gempakk, kan. haha. so, kolej niey memang agak gempak. (sebab ade aku kot) haha. KC niey merupakan kolej ke-4 kat UPM nieyy. blok2 kat kolej niey dinamakan sempena nama2 padi seperti Malinja, Masria, Murni dan Mahsuri. hehee. agak2 korang rase aku kolej mane ? komfemlah Mahsuri, haha. sebab aku kan diva macam mahsuri. hehe. xde rrr. aku blok MURNI okayhh (saya syg blok murni dan senior2 blok murni) :P the one and only blok lelaki kat kolej niey. hahaa. :)


jadi, kelebihan KC :


1. MTM yang sportinggg. :)

mende nie belaku tyme minggu perkasa putra kott. haha. kire orintasi lahh. tapi kolej kitaorg je lah rasenye yg xde sangat kene marah2. sama ada mtm kami baik2 atau kami nie pelajar yang sangat baik. ade lah sekali due kene marah. tapi tuh pun, saje2 jeee. mtm nak menghilangkan bosan jeee. hahaha. :) btw, presiden KC memang gempakk. (xbleh sebut name, nanti kene) lalalalaa~


2. GUC

galeri usahawan canselor. dengarnye paling maju kat UPM nieyy. ntah la. haha. memnag agak lengkap lah guc nieyyy. :) tapi kannnnn. hehe (sambung sendiri)


3. BIRO AKADEMIK

haha. MTM akademik kami sangat comel. (comel ag aku) hahaha. aku dah dilantik menjadi exco biro akademik mesti lah aku puji biro akademik jeee. hehe. aku nie KC SPEAKERS okayhh. haha. mcm biase lah, pidato n debat takkan lari dari idop aku. haha. nanti aku upload video aku pidato or debat okayhh. haha.


#post2 awal niey hanye pengenalan jeee. aku nak buat kenangan je, sbub nanti bile bace balik. mesti gelak sorang2. haha. lpas nieyy,. aku post lah something new yang penuh kontroversi sebab aku kan bdak KAUNSELING. :)












Monday, October 10, 2011

era baru !

sorry lahh. haha. aku baru ingat nak aktif balik tulis blog niey. hehe. :) bukan ape, sangat busy kot semenjak da masuk era baru dalam hidup aku nieyy. korang nak taw x ?






hahhaa. aku da masuk UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA :)






hahaha. sape yang kenal aku, mesti taw kann. aku nie dah la kecik+comel. mcm mane boleh masuk kat U yang penuh dgan manusia nieyy. haha. gempak habis lahh. memang mule2 aku cuak, tapi tuh cite lainn. haha. post niey hanye untuk memperkenalkan sahaja betapa aku akan kembali aktif ebagai blogger. haha. VOGUE gituhhh~






jadi, harap korang suke lah dengan post2 aku. haha. sebab aku kan TAN SRI~

Saturday, January 1, 2011

bye2 2010


2010 merupakan tahun yang amat best bagi aq. hopefully laa 2011 ag best. :) sebab ape? meh aq bg taw 10 SEBAB knape 2010 merupakan tahun yang sangat mencabardan memberi aq seribu satu pengalaman yang syok habis.!!!!



1. kerja sebagai OPERATOR KILANG kat CENZA BHD.(best kot kerja kat sini) korang ingat senang ke kerja sbgai operator kilang. try keje dulu. hahaha. mencabar jgak r.. lbey2 lg kalau korang jage last section.. PACKAGING.. komfem tugas korang hari2 kena tunggu je produk tu sampai. hahahaha. :)) yang pntg mmg seronok kenal ngan KAK LIN, leader line aq, QC kak ekinn ngan kak ada, akak2 indon n vietnam, hahaha. KAK MILAH, KAK MURNY, KAK PUNITHA, AMUTHA dan sbgainye. hahah (seronok kotttt) yg pntg gaji bnyk. ! :)



2.kem PMG (perkampungan menara gading). hahahaha. kem ni la yg menyebabkan aq benti keje kat kilang tu. hahaha. sume gara2 nadzrin yg ajak aq join pegi tu. hahahaha. menra gading bebb. tp pegi2 kem2 islamik kottt. hahahaha. :) best giler.hahahaha. tp yg seronokk nye tyme tu pegi kontijen raub je yg antar lepasan spm. tp skolah laen antar f5 kottt. (nadzrin mesti taw sape kan????) hahahahaa.



3. RESULT SPM 2009. xde la terror sgt. tp kire berbaloi jgak r dgn ape yg aq usahakan. mmg seronok giler tyme tu dtg pagi2 dgn NAOFAL, SARAVANAN, KISHAN ngan HAZWAN, semangatt kottt g amik result. kantoi jgak result tu. hahaha :P walaupun x seberapa tp ok laa.. hahahaha. yg pntg x give up k lpas dpt result tu.. hahahah :P



4. TAWARAN MATRIK DAN UPU. hahahahaa. yg nie paling syok kottt. dapat tawaran ke matrik GAMBANG. OMG kampung kottt. da la ulu(nie sblom masuk laa) hahahaha. punye mati2 xnk pergy. berdoa tiap malam moga2 dapat upu. hahahaha. :) tetapi, kita hanya merancang tuhan yang mentukan, upu aq x dapat pape ponnn. :( bapak down giler tyme tu.. nk x nk matrik r aq kna g.. (huh, bpk menyesal kott)



5. MATRIK GAMBANG PAHANG. ! hahaha, da masok matrik, tup3 dapat sebilik ngan azIM ABIDIN. hahaha. kwan lme koot tyme syarahan agama peringkat negeri dulu. hahahaha. :) mmg awal2 lg da best kot. huhu. pastu aq ditawarkan jurusan sains fizikal, hahha :) pizikk???? OMG, tobat r aq nak sambung.. teros aq pergy HEP MATRIK mintak tuka jurusan akaun.. last2, dapatlah tka.. dari MS1019529565 kpd MA 1019529565...hahaha. start arie tu jgak aq pelajar jurusan akaun kat matrik ini. dan masuk kuliah 2 tutor aq 2A08.... :) :)



6. KAKOM 10 MATRIKULASI.. hahahaha :) yg nie mmg kontroversi. mule2 azri yg kna pergi. tup2, aq pulakk terpilih. hahaha. nk wat mcm mne. da rezeki koot.. tp mmg best la pegi.. latihan dgn jurulatih PN ASMAWATI mmg seronokk. best gile.. da la bnyk barang dapat. hahahah. akhirnya, berbaloi jgakk la dapat GANGSA. huhu. :) bkan senang nk lawan 13 org lg wakil matrik lain kat sini. huhu. :) target emas, tp xdpt. hahaha. nk wat mcm mne. xde rezeki. last2 dpt taw, kalah maybe kurang markah dari segi sebutan. hahahah (syook).!


7.RESULT UPS DAN PSPM SEM 1..yg nie pon, event pntg aq kat matrikk. kitaorang belajar punye belajar untuk skor k. hahaha. tp mmg kejutan budaya r cara belajar dye. hahha. pegi lecture,huhu. tutor ag. syok r. new experience. hahaha.:) blajar pon kat sini kena survive sendiri. hahaha. kat skolah ade lg laa cikgu-cikgu yg nk tolong n push kite. huhu. tp kat mtrik, xdenye.. ko nak tido? ade dyaorg kisahhh. hahaha. tp ALHAMDULILLAH, result aq masih lg ok.. dan yg pentg akan lebih berusaha untuk skor sem 2 plakkkk. :) :)



8. KETUA FASI. kat matrik ni pulakk r aq dapat jadi ketua fasi selama 2 kali. huhu. pertama, untuk kem kepimpinan PRD. kem nie mmg happening kott. hahaha. da kate semua prd yg datang. syok habis. gile2 dan input pon maybe dyaorg dapat kott. hahaha. kedua, NEW MOON'S CAMP. ketua dan fasi yg sporting gile. tp agak kecewa r ngan kem niey, sebab yg datang 50 peratus je dari yg sepatotnye. huhu. tp ok la.. yg datang semua best.. :) sporting gler. mmg best dan terima kasih kpd MATRIK GAMBANG sebab bg peluang kpd aq untuk jadi ketua fasi. :) :) (thun dpan lg skali jadi ketua fasi, insya-Allah kat terengganu pulakkk)



9. DEBAT ECLIPSE. OMG yang nie mmg kontroversi, ade segelintir pihakk yg tak taw ape itu debat k. hahaha. OMG dari kampong mne ko dtg ha?? huhu. malam tu ibaratkann pertarungan epik k. dengan usul WANITA LEBIH BERKUALITI DARIPADA LELAKI. ktaorg dapat tarik hampir 200 penonton. walaupun promosi tyme tu x segah mane. hahaha :) thanks jgakk pade semua yg menjayakan debat malam tue. hahaha. pihak kerajaan menteri pmbgnan wanita, wakil jelitawan malaisia dan pengerusi persatuan datin2 malaysia. pembangkang pulakk, wakil lwlaki2 jambu malaysia, pengerusi kanak-kanak lelaki bawah umur malaysia dan wakil lelaki maskulin malaysia. hahaha. :) mmg best debat malam tue. enjoy gilerrrrrrrrr. :)



10. KENALAN BARU DAN LAME.. :) hahaha, yg nie tanpa kawan2 dan keluarga. takkan syok tahun 2010 aq. hahaha. :) kawan2 lme aq yg masih keep in touch, mmg best r kenai korang. geng2 lame, hahahaha :) NADZRIN, ALAN, dan geng2 RAUB. pastu ABG DHIYA, ABG SUSU, dan semua la.. kwan matrik gambang pahang. :) tutr 2A08. bdak2 akaun, geng2 bilik A1T133, dan 32.. hahaha. geng2 GLEE CLUB MATRIK GAMBANG, muzzammil asyraf, nik syazne dan azim abidin. hahaha. :) roommate aq yg sporting, hahaha. semua laaa. terima kasih bnyk2 kerana menceriakan tahun 2010 aq. best kooot. x lupe dgn kenalan baru yg aq jupe dkat KEM PRD di PORT DICKSON, KAKOM KMJ ngan PRD kat KMS. mmg besttt giler. hahahaha. x lupe pd aZRI, dan RATU.!!!!hahahaha :) :)





nk masuk tahun baru.!!! 2011~aq ucap terima kasih kpd sesiapa yg bace sampai habis. hahaha. (mesty penat giler). hahaha.:) yg pntg aq nk ucap. SELAMAT TAHUN BARU.. semoga tahun ini akan membawa lebih banyak keberkatan kpd anda semua. GOOD LUCK!!! :) :) :)