Blogger Backgrounds

Thursday, October 13, 2011

kaunseling :)

memandangkan pada hari esok, aku nak test falsafah dan etika kaunseling. malam niey, nak share sikit lah, pasal definisi kaunseling ngan korangg.  :)


kaunseling  :) menyegarkan. ~

1. kaunseling merupakan satu hubungan bersemuka antara 2 individu menerusi satu interaksi profesional yang akan menawarkan satu situasi pembelajaran kepada klien. cth : secara profesionalnya, kaunselor akan membantu klien untuk mengenali dirinya dan menilai situasi semasa juga situasi masa hadapan. 



2. proses dimana kaunselor membantu klien menghadapi, memahami dan menerima maklumat tentang diri sendiri dan juga interaksinya dengan orang lain supaya klien boleh membuat keputusan yang efektif tentang pilihan hidup.



3. satu proses interaksi yang menggerakkan pemahaman yang bermakna, mengenai diri sendiri dan persekitaran dan akan menghasilkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai bagi tingkah laku baru,



4. satu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip2 psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling bagi mencapai sesuatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien.




#konklusinya : korang perasan tak ? kaunseling niey merupakan satu proses yang sistematik dan dilaksanakan oleh 2 individu iaitu klien dan kaunselor.  :) bile bermaksud dengan proses, maknenye sesi kaunseling tersebut mempunyai beberapa peringkat. jadi, kaunseling ini bukan mudah kerana bukan senang nak jadi manusia. :) lebih2 lagi nak kongsi cerita dan pengalaman bersama manusia. banyak dengan kerenahnya. dekat luar, ramai orang ingat kaunselor ataupun sesi kaunseling niey membazir masa. tapi cube bace balik definisi tersebut, kami kaunselor (bakal sebenarnye) akan membantu anda (klien) untuk mengenalpasti sendiri ape sebenarnya masalah kamu berdasarkan apa yang kamu cerita. orang cakap untuk menilai diri adalah menerusi perhubungan korang dengan komuniti. maka, bergaullah. kalau xnak jugakk. sile jumpa dgan kaunslor. banyak lagi cara okayhh. hehe.  

No comments:

Post a Comment

do please leave your comment. anything will be fine, for me (;